pade satu hari adelah sorang penganggur pergi interview seorang duta australia.die cume tahu bi ialah yes no dan alright.jadi ikutlah dialog ini.
D.Australia= are u want work here??
penganggur=yes
D.Australia=do u have any disease??
penganggur=no
D.Australia=ok u can start work tomorrow as driver
penganggur=alright
jadi keesokan harinye die datang kerje.tapi jam tangan duta tu hilang.jadi die tanye lah si penganggur ni.
D.Australia=do u stole my watch
penganggur=yes
D.Australia=do u wan to give my wacth at me again
penganggur=no
D.Australia=ok now i will kick ur butt
penganggur=alright
lepas tu mane tah si penganggur tu melayang kene sepak kat bontot
peminat mawi kat tanjung rambutan~
Satu hari seorang pengawal membuat rondaan disetiap bilik orang sakit mental, dalam rondaannya dia terdengar nyanyian yang merdu walupun tak bunyi macam suara Mawi tapi suaranya memang hebat dengan suaranya yang tersendiri mengalunkan lagu Intifada.
Kata pengawal itu dalam hatinya,"tak sangka ada juga orang yang sakit mental ni boleh menyanyi dengan hebat. Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain." sambil melihat dari luar pesakit tu menyanyi sambil telentang di atas katilnya. Pengawal terus melalui bilik itu dan berjalan terus untuk meronda kebilik2 pesakit yang lain.
Setelah selesai pengawal berpatah balik. Apabila sampai ke bilik pesakit mental yang menyanyi tadi ia masih menyanyi tetapi kali ini lagu aduh saliha pulak. Dia menyanyikannya memang hebat, bagus sekali tone suaranya , cuma dia sakit mental aje kalau tak boleh buat album....tapi kali ini dia menyanyikan lagu aduh saliha tu dalam keadaan meniarap, lagu intifada yang mula2 tadi terlentang? pengawal tu hairan dan bertanya pada pesakit mental tu...
"kenapa kamu menyanyi meniarap? tadi terlentang?"
Jawab pesakit mentaltu.....
"Tadi SIDE A...ini SIDE B lah pulak...."
Pengawal tupun beredar dari situ dan berkata dalam hatinya.."betul jugak"
tiket wayang~
sepasang suami isteri menonton wayang pada cuti hujung minggu . sampai di kaunter tiket , si suami pun membeli dua tiket untuk dia dan isterinya . tidak lama kemudian , si suami muncul sekali lagi untuk membeli dua lagi tiket .si penjual tiket yang kehairanan lalu bertanya dengan penuh minat . '' bukankah encik sudah mem beli dua tiket dan kemudian datang sekali lagi untuk membeli tiket ? lalu si suami pun berkata , betul ! tapi seorang lelaki yang berdiri dekat depan pintu masuk panggung itu asyik koyakkan tiket saya , habis macam mana saya nak masuk !"
otak mat rempit~
Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.
Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya."
Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan isya'Allah pun pak cik tak sebut?".
Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!".
salah tempat~
encik musa,seorang yang kaya menaiki kapal terbang..
pramugari : maaf encik,ini bukan tempat duduk encik..tempat duduk encik kat blakang..nombor pun ada tulis kat tiket tu..
encik musa:eh lantak aku la nak duduk mana..aku bukannya xda duit..hormatlah sikit orang kaya macam aku ni ha..syarikat penerbangan kamu dah kira beruntung dapat penumpang kaya macam aku ni..aku suka duduk tempat ni aku duduk la..
pramugari: masalahnya encik,tempat duduk ni kerusi untuk juruterbang..
encik musa: erkk..
cumbu-cumbu~
Milah, yang telah lama tinggal di kota pulang ke kampung dan bertemu pujaan hatinya, Mamat yang bekerja sebagai petani.
Suatu senja, ketika sedang berjalan-jalan dan menikmati pemandangan desa, mereka melihat 2 ekor kerbau saling menggesek-gesekkan hidung dan…..
Kerana lama memendam rindu, Mamat berkata dengan nada memancing, ” Rasanya saya juga teringin melakukan cumbuan seperti itu, ” sambil memandang Minah dengan mesra.
“Silakan,” balas Milah ” kan kerbau-kerbau tu milikmu.“
sami vellu punya sembang mmg kasi org bimbang~
Berita Terkini!!!!!
New Astronout
Samy Vellu ditemuramah tentang program angkasawan negara.
Samy: "...Bagi saya, ini semua adalah satu pembaziran atas duit rakyat.Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergi matahari. Barulah USA, Russia, respect sama kita...."
Penemuramah: Tapi Dato' Seri, matahari kan panas. Macam mana mau pergi sana?
Samy: Cit! itu pasal la u tara jadi mintri. Saya suda lebey 30 tahun jadi mintri, saya musti ada jalan penyelesaian. Kita jangan pergi siang, manyak panas. kita pigi malam, baru ada sujuuuuuk......
salah bas!!~
Suatu malam seorang lelaki yang sedang mabuk menaiki bas,dia duduk di sebelah perempuan tua.Menyampah tengok keadaan lelaki itu yang berserabut dan berbau masam,perempuan tua itu menasihati lelaki itu dan salah satu ayat yang disebut oleh perempuan tua itu...."Kamu tau tak kamu akan ke neraka...!"Si lelaki mabuk terkejut.Matanya terjegil macam orang sembelit.Dia terus bangun dan menekan loceng bas lalu menjerit..."berhenti!Saya salah naik bas!"